Tuesday 14 June 2011

Knowledge Sharing@TIMESGold2020 - Chapter 1. ZAKAT EMAS DAN PERAK

Firman Allah S.W.T:
Maksudnya: Dan orang-orang yang men yimpan emas dan perak (tidak dikeluarkan zakat) dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka beritahulah kepada mereka bahawa mereka akan mendapat azab yang pedih. (Surah At-Taubah: Ayat 34)



Syarat wajib zakat emas dan perak
(a) milik orang Islam;
(b) dimiliki oleh orang yang merdeka;
(c) hak milik sepenuhnya;
(d) cukup nisab;
(e) genap setahun.

ORANG YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT
1. Orang fakir; orang yang tidak berharta untuk memenuhi keperluan asas.
2. Orang miskin; orang yang mempunyai harta tetapi hanya cukup memenuhi keperluan dirinya.
3. Amil; orang yang mengurus pungutan dan pembahagian zakat.
4. Mualaf; orang yang baru memeluk Islam (saudara baru).
5. Hamba yang ingin memerdekakan dirinya.
6. Orang yang berhutang.
7. Orang yang berjuang pada jalan Allah S.W.T..
8. Musafir yang terkandas.


NISAB 
Nisab zakat emas ialah 20 dinar (mitsqal) bersamaan 85g.
Kadar zakatnya ialah 2.5%. (0.5 Dinar)
Nisab zakat perak ialah 200 dirham bersamaan dengan 672 gram.
Kadarnya ialah 2.5% setelah dimiliki genap setahun.